Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat kepada RM1.44 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 daripada RM327.9 juta pada suku sama tahun lepas. Kenaikan ini kebanyakannya disebabkan oleh keuntungan operasi lebih tinggi, pertukaran asing yang menggalakkan dan kos kewangan bersih lebih rendah.