Bekas perdana menteri dan pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan didakwa di mahkamah pada Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuat semasa pilihan raya kecil Nenggiri baru-baru ini.
Presiden Bersatu itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada pagi Selasa atas dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan mengenai proses pelantikan perdana menteri.