Indeks Pelopor (IP) meneruskan pertumbuhan positifnya apabila mencatatkan 3.5 peratus, mencapai 113.4 mata pada Jun 2024. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menyaksikan peningkatan berbanding 109.6 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.