PENYANYI Tom memberitahu dia belum bersedia untuk memakai tudung walaupun sudah diminta oleh suaminya iaitu Fuad Rahman dan anak-anak.
Mahu mengenakan hijab jika sudah benar-benar bersedia, Tom, 38, bimbang jika dia tidak mampu istiqamah dengan penampilan baharunya itu kelak.
Malah penyanyi itu memberitahu dia dan Fuad dalam perancangan mahu menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan.