Min teruja dengan Perodua Myvi ini kerana kelebihannya yang amat bermanfaat bagi golongan OKU dan warga emas.
Meskipun kos modifikasinya mungkin agak tinggi, Min rasa ia berpotensi untuk menjadi aksesori tambahan yang boleh ditawarkan oleh pengeluar kereta sebagai pilihan.
Dengan kerusi roda yang lengkap serta kren yang memudahkan penyimpanan di bahagian atas bumbung, Min benar-benar yakin bahawa semua aksesori yang ada pada Myvi ini sangat relevan dan bermanfaat untuk mereka yang memerlukan.
#rodapanas #rodapanasqc #rodapanasmy #rodapanasmalaysia #perodua #peroduamyvi