"Saya bagai hilang kata-kata, bukan pengakhiran ini yang saya mahukan. Sebagai seorang muslim kita perlu berdamai dengan takdir."
Demikian luah jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang ketika ditemui media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dari Paris pada Selasa.
Azizulhasni sebelum ini tidak dapat meneruskan saingan dalam acara keirin Sukan Olimpik 2024 di Paris selepas dibatalkan penyertaan kerana tindakannya memotong pacer dalam 'heat' pertama pusingan awal.
Pelumba berusia 36 tahun itu menjadi sandaran Malaysia untuk meraih pingat emas pertama Olimpik.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #Olimpik #Paris #Basikal #Azizulhasni #Atlet