Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran – Ahli Parlimen Belia

2024-08-09 8

Ahli Parlimen Belia Malaysia dan calon pascasiswazah Universiti Malaya (UM), Annsley Dashawna Stephen berkata majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memastikan kos pelaksanaan Dasar Gaji Progresif memberikan imbalan yang munasabah kepada syarikat. Beliau mencadangkan agar satu bon diwujudkan untuk memastikan pekerja kekal dengan syarikat untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun selepas mendapat insentif gaji dan latihan kemahiran. #DialogAnakMuda