UniSZA nafi dakwaan pempengaruh jual sijil akademik

2024-08-09 76

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menafikan dakwaan berhubung penjualan sijil akademik yang dikaitkan dengan universiti itu di media sosial.

Dalam kenyataan pada Jumaat UniSZA memaklumkan pihaknya memandang serius akan dakwaan tersebut dan menegaskan tidak akan berkompromi dalam menjaga mutu program diploma dan ijazah pendidikan tinggi yang dikeluarkan.