Pembinaan terusan hubung Mekong beri kesan pada Vietnam

2024-08-05 58

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet pada Isnin merasmikan terusan kontroversi yang berpotensi mengurangkan penghantaran melalui pelabuhan-pelabuhan milik negara jirannya, Vietnam. Terusan kontroversi itu menelan belanja 1.7 bilion dolar dan dibiayai oleh syarikat utama milik kerajaan China dikenali China Road and Bridge Corporation.