Rakyat Malaysia di Lubnan perlu lebih berjaga-jaga

2024-08-05 25

Susulan peningkatan ketegangan di antara rejim Zionis Israel dan Tentera Hezbollah yang berlaku di Lubnan, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata ia sedang memantau rapat situasi tersebut.

Buat masa ini, Kementerian berkata, insiden berbalas serangan yang sedang berlaku di Selatan Lubnan tidak melibatkan atau menjejaskan rakyat Malaysia yang berada di sana.