Aeril Zafrel sanggup bangun pagi, tak mahu hantar anak masuk asrama

2024-07-29 5,816

ISU buli dalam kalangan pelajar sekolah mahupun penuntut di universiti kembali diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Perkara itu juga membuatkan ramai ibu bapa berasa takut memasukkan anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh disebabkan bimbang mereka akan menjadi mangsa buli.

Bagi pelakon dan usahawan Aeril Zafrel, dia tidak merancang menghantar anak-anaknya ke asmara namun bukan disebabkan bimbang mereka dibuli.