Seorang penunggang motosikal maut manakala empat rakannya cedera dalam kemalangan yang membabitkan tujuh buah kenderaan di Terengganu.
Nahas berlaku di kilometer 363 Lebuh Raya Pantai Timur 2, berhampiran susur keluar plaza tol Bukit Besi, di Dungun pada Jumaat malam.