Pegawai tiada niat terlibat, tapi diugut: Armizan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan terdapat pegawai di sebuah badan penguatkuasa terpaksa melibatkan diri dalam aktiviti penyeludupan minyak diesel kerana menerima ugutan pihak tertentu.
Menurut Armizan, kes yang didepani oleh beliau itu tidak melibatkan sebarang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebaliknya, sebuah badan penguatkuasa yang dirahsiakan namanya.
Beliau berkata demikian dalam program Town Hall Rakyat Bersama Armizan Mohd Ali pada Jumaat.
#BeritaSemasa #SinarHarian #TownHallRakyat #KPDN #SubsidiDiesel