Kementerian Perpaduan Negara sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya dirujuk bagi membantu, andainya terdapat keperluan untuk menggubal akta khusus berhubung isu kaum, agama dan raja (3R) di negara ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy berkata pihaknya terbuka bagi berkongsi segala maklumat atau data melibatkan isu-isu yang boleh mengganggu gugat keharmonian kaum.