KPT sedia bantuan pelajar Malaysia dari Bangladesh - Zambry

2024-07-23 16

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk menyediakan segala bantuan yang diperlukan semasa ketibaan rakyat Malaysia dari Bangladesh.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ia termasuk bantuan kaunseling, penginapan, dan logistik.