Syarikat penerbangan rugi berjuta, industri tuntut penjelasan

2024-07-20 27

Gangguan IT global yang mencetuskan kegagalan sistem serta huru-hara dalam urusan orang ramai telah menyebabkan banyak syarikat penerbangan kehilangan pendapatan mencecah jutaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes berkata bahawa beliau menerima permohonan maaf CrowdStrike tetapi menekankan bahawa syarikat penerbangan masih menunggu penjelasan daripada Microsoft mengenai insiden itu.