Bekas bintang WWE dan penggusti profesional, Hulk Hogan membuat penampilan istimewa pada hari keempat Konvensyen Kebangsaan Republikan (GOP) di Fiserv Forum Milwaukee pada Khamis.
Beliau turut mengecam serangan yang berlaku ke atas Donald Trump yang terkena tembakan peluru selepas beliau memulakan ucapannya di perhimpunan di Pennsylvania pada hujung minggu lalu.