Suruhanjaya Tinggi Malaysia Dhaka pastikan keselamatan rakyat Malaysia

2024-07-18 28

Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat memantau keadaan di Bangladesh berikutan tunjuk perasaan pelajar-pelajar di sana.

Kini usaha penyelarasan bersama pihak berkuasa tempatan sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua warga Malaysia di negara itu, walaupun menghadapi gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang meluas.