20 lagi maut susulan protes reformasi kuota di Dhaka

2024-07-18 43

Sekurang-kurangnya 20 lagi orang terbunuh pada Khamis di Bangladesh apabila polis melepaskan tembakan ke arah pelajar yang memprotes reformasi kuota di Dhaka dan beberapa lokasi lain di Bangladesh.

Menurut laporan Agensi Anadolu, sebanyak 17 mangsa, kebanyakannya pelajar termasuk mereka yang bawah umur, terbunuh apabila polis dan anggota parti tertentu, menyerang penunjuk perasaan.