Cadangan pindaan sudah dibentang kepada Majlis Raja-Raja

2024-07-18 73

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan pada Majlis Raja-Raja pada Khamis, dan menerima maklumbalas positif mengenainya.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, masih ada perkara yang perlu diperhalusi dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ia melalui bacaan buat kali kedua di Dewan Rakyat.