PELAKON Nora Danish menyifatkan ucapan mesra aktres Zarina Anjoulie kepada bekas suaminya hanyalah sekadar luahan rindu sebagai seorang sahabat baik.
Nora berkata, Zarina dan Nedim sudah lama bersahabat dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres berkenaan.
Malah, dia juga tidak kisah sekiranya Zarina dan Nedim mempunyai hubungan lebih daripada seorang sahabat kerana dia sudah tidak ada kaitan dengan bekas suami.