Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.