Perkhidmatan rahsia AS jamin Konvensyen Republikan selamat

2024-07-15 14

Tiada perubahan dibuat pada rancangan keselamatan sedia ada Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) untuk Konvensyen Nasional Republikan (RNC) yang dijadualkan diadakan di Milwaukee, Wisconsin, dari 15 hingga 18 Julai.

Dalam sidang media pada Ahad, Audrey Gibson-Cicchino, Penyelaras RNC daripada Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, menekankan beberapa persiapan yang dilakukan bagi memastikan acara itu berjalan dengan lancar.