Gaza di ambang kehilangan generasi kanak-kanak - UNRWA

2024-07-13 25

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran Semenanjung Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober 2023.

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma berkata dalam satu hantaran di X bahawa lebih 600,000 kanak-kanak di Gaza tidak dapat bersekolah sejak perang Israel bermula pada Oktober.

Free Traffic Exchange