Operator nombor ramalan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Kedah dalam membolehkan premis masing-masing dibuka semula selepas diarahkan untuk ditutup bermula 1 Januari 2023.
Menurut Penolong Pengurus Besar Stm Lottery (Utara), Yip Kok Chyuan menyatakan tindakan berkenaan sebelum ini telah memberi kesan negatif kepada pendapatan ejen dan pekerja yang hilang mata pencarian.