2024 mungkin jadi tahun paling panas di dunia - Kajian

2024-07-08 46

2024 berkemungkinan menjadi tahun paling panas di dunia.

Berdasarkan rekod di kebanyakan negara setakat Jun tahun ini, perkhidmatan pemantauan iklim EU pada Isnin berkata, suhu global kini telah melebihi 1.5°C atau 2.7 Fahrenheit yang merupakan had ditetapkan dalam Perjanjian Paris susulan peningkatan suhu luar biasa.