Latihan ketenteraan Korea Selatan adalah bentuk provokasi

2024-07-08 9

Latihan ketenteraan Korea Selatan baru-baru ini berhampiran sempadan antara kedua-dua negara adalah provokasi yang tidak boleh dimaafkan.

Berdasarkan laporan media kerajaan KCNA, menurut Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada isnin, seandainya Korea Utara menilai kedaulatannya sendiri dicabul, angkatan tenteranya akan segera melaksanakan misi dan tugas mengikut perlembagaannya.