Hubungan Tom dengan anak tiri macam kawan, tiada masalah dengan bekas isteri suami

2024-07-07 12,991

GARA-GARA jarang memuat naik foto anak-anak tiri, penyanyi Tom dituduh mempunyai masalah dengan bekas isteri suaminya iaitu Fuad Rahman.

Menjelaskan salah faham itu, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berkata, sejak mendirikan rumah tangga dengan Fuad, dia diterima baik malah sering menghabiskan masa bersama setiap kali pulang ke Singapura.

Jelas Tom, dia jarang memuat naik foto mereka kerana menghormati privasi selain anak-anak tirinya sudah meningkat dewasa.