Anggota tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dalam tragedi pengeboman Bali pada 2002, mengumumkan pembubaran kumpulan itu pada Khamis. Ia adalah berdasarkan rakaman kenyataan yang dikeluarkan oleh 16 ahli jemaah kumpulan berkenaan berhubung keputusan untuk menamatkan segala ajaran berkaitan jaringan ekstremis itu.