Parti konservatif komited jayakan agenda pembangunan belia

2024-07-03 70

Penekanan dalam pembangunan masa depan belia menjadi salah satu intipati utama agenda kerajaan sekiranya parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Rishi Sunak itu sekali lagi diberikan mandat menerajui United Kingdom dalam pilihan raya umum kali ini.

Menteri Pertahanan UK, Grant Shapps menerusi perkongsian eksklusifnya kepada Astro AWANI pada Rabu berkata, UK turut komited untuk terus memperkukuhkan hubungan bilateral bersama Malaysia khusus sekali dalam memperkasa peranan belia merentasi pelbagai sektor.