BULETIN TIKTOK 1 JULAI 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak ‘keterlaluan’ dalam membahaskan polemik berkaitan isu Blackrock.
Beliau berkata, sebarang polemik berkaitan isu berkenaan yang dikaitkan dengan rejim Israel boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
Berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri pada Isnin, Anwar menjelaskan keberadaan syarikat gergasi pelaburan itu di Malaysia sejak sekian lama bagaimanapun tidak ‘menghalang’ pendirian Malaysia dalam menyuarakan isu kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/672705/berita/jangan-keterlaluan-bahas-isu-blackrock-boleh-jejas-kepentingan-negara---pm
Muzik: Theater of Delays - Black Sea - No Drums Version dari bendsound.com
#SinarHarian #BuletinTikTok #AnwarIbrahim #Polemik #BlackRock