Kantin sebuah sekolah menengah di Batu Pahat diarahkan tutup selama 14 hari berikutan 90 pelajar dan sembilan pendidik mengalami keracunan selepas dipercayai memakan ayam goreng di kantin tersebut, Khamis lepas.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.