Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan.
Sesi menghadap itu adalah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.