Indeks Persaingan: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah stuktur – Pengarah MINDA-UKM

2024-06-26 26

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa. Jelasnya, dapatan tersebut adalah lanjutan daripada masalah stuktur yang sudah lama memamah keupayaan bersaing negara sejak sekian lama.