Pengurus Kanan, Advokasi dan Program Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Aira Azhari berkata sebuah suruhanjaya khusus perlu ditubuhkan untuk memantau pendanaan politik dalam negara. Jelasnya, ini bagi memastikan tidak ada sebarang pengaruh politik dalam tindakan memastikan segala wang yang digunakan oleh parti politik untuk aktiviti-aktiviti berkaitan tidak menggugatkan amalan demokrasi terbaik.