WEF #AMNC24: Arus reformasi ekonomi Madani di pentas global

2024-06-26 37

Masyarakat antarabangsa bertambah yakin bahawa ekonomi Malaysia sedang berkembang dengan baik secara seimbang, dan potensi negara semakin diiktiraf secara meluas. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata platform seperti forum ekonomi dunia (WEF) menjadi ruang dan peluang untuk Malaysia berganjak dari negara yang dianggap kurang kompetitif menjadi peneraju dalam sektor-sektor tertentu.