IPMA buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya

2024-06-26 18

Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan sahaja cukup meluas, malah ia turut mencakupi bidang yang berkemahiran tinggi, dan amat menepati kehendak industri pada masa kini.

Katanya lagi, ia juga sejajar dengan Dasar TVET Negara yang mahu mengurangkan ketidakpadanan graduan dengan kehendak pasaran, dan memastikan pembangunan modal insan berkemahiran seperti mana yang sering ditekankan Pengerusi TVET Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.