“Kesedihan orang tak nampak” - Awie nampak ceria, rupanya banyak pendam perasaan

2024-06-21 529

LEBIH 30 tahun bergelar penghibur, penyanyi Datuk Awie sudah melalui pelbagai detik manis dan pahit sepanjang kariernya.

Cerita Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, pemergian ibu tercinta iaitu Allahyarham Azizah Abdul Hamid akibat sakit tua pada 12 Disember 2014 paling meninggalkan kesan mendalam dalam dirinya.

Mana tidaknya, dalam menanggung kesedihan dia terpaksa mengukir senyuman apabila meneruskan persembahan teater Takhta Tiga Ratu yang berlangsung sehari selepas pemergian ibunya.