Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukan sahaja menggambarkan hubungan strategik erat antara China dan Malaysia, tetapi ia juga bakal menjamin pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri-negeri Pantai Timur.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek bernilai lebih daripada RM50 bilion yang dimulai sejak zaman mantan Datuk Seri Najib Tun Razak itu, jelas menunjukkan kesediaan dan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan pembangunan yang lebih menyeluruh.