Mudah mesra dan peramah orangnya, itu gambaran awal diberikan kepada Nurul Shuhada Mat Shukri

2024-06-18 3,211

PERTEMUAN diatur tatkala tuan punya badan sedang bercuti di bumi Aussie bersama anak-anaknya.

Mudah mesra dan peramah orangnya, itu gambaran awal diberikan kepada Nurul Shuhada Mat Shukri.

Malah, karakter tersebut turut diwarisi anak lelakinya, Umar sementara kakaknya Humairah sedikit pendiam.

Memilih keluarga kecil itu sebagai penghias muka hadapan SinarPlus sempena Aidiladha, mukadimah awal kami bermula dengan sambutan hari raya tersebut yang pastinya sedikit berbeza dengan sebelum ini.

Pada masa sama, ibu kepada sepasang cahaya mata yang mesra disapa Shu itu mengakui, ada hikmah atas apa yang berlaku dalam rumah tangganya.

Selain itu, anak jati Perlis itu turut mendedahkan kenapa beliau mendapatkan bantuan pakar psikatri untuk anaknya ekoran penceraian yang berlaku dengan bekas suami.

Ketahui juga apakah terapi yang beliau praktikkan bersama anak-anak. Banyak lagi pendedahan lain yang dibuat tuan punya badan kepada SinarPlus.

Segala-galanya terjawab dalam satu temu bual eksklusif bersama penulis baru-baru ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, dapatkan akhbar Sinar Ahad esok menerusi sisipan SinarPlus.

Layari sinarplus.sinarharian.com.my.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads SinarPlus.
Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

#coversinarplus #shu #nurulshuhada #model #selebriti #pempengaruh #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: NURUL SHUHADA MAT SHUKRI (@shushukriii)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR
@shushukrii