Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Fan Bingbing mempunyai pengaruh besar dalam media sosial dan mampu memanfaatkan platform berkenaan untuk mempromosikan Melaka di peringkat antarabangsa, sekali gus merancakkan sektor pelancongan negeri khususnya sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).