Seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 25 tahun yang sedang melakukan aktiviti menjala ikan di Sungai Kinta dikhuatiri telah lemas.
Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Akmal Azizi Elias, pihaknya menerima perkhabaran tentang kejadian itu selepas menerima makluman daripada beberapa orang saksi yang melihat mangsa tiba-tiba tenggelam.