Seorang maut, empat cedera, nahas dua kenderaan di Perak

2024-06-03 81

Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Simpang Empat Semanggol, dekat sini, pagi Isnin.

Mangsa maut, seorang wanita berusia 52 tahun manakala yang cedera terdiri daripada tiga perempuan dan seorang lelaki di samping terdapat seorang lagi lelaki yang terselamat.