Lima cedera dalam kemalangan bas ekspres di Perak

2024-05-31 64

Sekurang-kurangnya lima orang cedera apabila sebuah bas ekspres merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer (KM) 290 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, arah selatan awal pagi Jumaat.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan, kejadian yang berlaku sekitar jam 5.16 pagi itu menyebabkan pemandu bas tersepit dan empat orang penumpang cedera.

Free Traffic Exchange