Bekas Pengerusi MPKK tak mengaku terima rasuah RM10,000

2024-05-28 5,943

Bekas Pengerusi MPKK tak mengaku terima rasuah RM10,000

BERITA SEMASA 28 MEI 2024

Seorang bekas Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas dua pertuduhan menerima suapan RM10,000 daripada seorang kontraktor sebagai balasan bagi mendapatkan kerja pembaikan fasiliti, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Baharuddin Mian, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh secara rasuah didakwa menerima suapan iaitu cek bank bernilai keseluruhan RM10,000 daripada lelaki iaitu seorang kontraktor.

Ia didakwa sebagai dorongan bagi mendapatkan kerja pembaikan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Surau Kampung Gelam serta kerja naik taraf Balai Raya Kampung Air Meleleh dan longkang Taman Bukit Tuan Sheikh masing-masing di Port Dickson.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667088/berita/semasa/bekas-mpkk-tak-mengaku-terima-rasuah-rm10000

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Rasuah #BekasMPKK