‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’

2024-05-28 5,951

‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’

BERITA SEMASA 28 MEI 2024

Kes serangan jantung, strok dan masalah pembekuan darah yang berlaku kini tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia kerana tiada lagi program vaksinasi menggunakan vaksin berkenaan kebelakangan ini.

Jelasnya, kesan sampingan yang dikaitkan dengan vaksin AstraZeneca adalah kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia (VITT).

Ia adalah penyakit darah membeku bersama dengan sel darah kuning menjadi kurang. Perkara ini hanya berlaku dalam selama masa empat hari hingga empat minggu (sebulan) selepas menerima vaksinasi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667067/berita/nasional/kes-darah-beku-serangan-jantung-tiada-kaitan-dengan-vaksin-astrazeneca

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #VaksinAstraZeneca #KesanSampingan #KKM

Free Traffic Exchange