Ibu bapa disaran untuk tidak memaksa anak menceburi bidang yang tidak dikehendaki mereka.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman, ini kerana pertimbangan itu perlu dibuat dengan melihat kepada kemampuan dan kebolehan anak dalam sesuatu bidang agar potensi mereka dapat diasah.