Kuih cara manis, kuih tradisional Melayu yang cukup popular di Malaysia. Selain versi manis ada juga yang buat kuih Cara Berlauk. Nak buat kuih ni mudah sahaja, sesuai dijadikan hidangan minum petang atau sarapan. Rasanya yang manis dan berlemak dengan aroma pandan cukup untuk membangkitkan selera.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
6 helai daun pandan
1 cawan air
2 cawan @ 250g tepung gandum
2 biji telur
2 cawan santan (untuk santan kotak, guna setengah kotak kecil dan campur air untuk cukup kan 2 cawan)
½ sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau
gula secukupnya untuk inti CARA
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #KuihMelayu #kuihcaramanis