Lelaki menyamar Ketua Polis Johor tawar lepas 11 tahanan didenda RM1,000

2024-05-13 96,321

Lelaki menyamar Ketua Polis Johor tawar lepas 11 tahanan didenda RM1,000

BERITA SEMASA 13 MEI 2024

Seorang pengurus bangunan yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor dengan membuat tawaran untuk melepaskan 11 tahanan dengan bayaran RM1,500 seorang didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

A Ganasean, 51, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664527/berita/semasa/lelaki-menyamar-ketua-polis-johor-tawar-lepas-11-tahanan-didenda-rm1000

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #menyamarkpJohor #mahkamah #Johor

Free Traffic Exchange