Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain

2024-05-09 30,723

Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain

BERITA SEMASA 9 MEI 2024

Tun Dr Daim Zainuddin memohon kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Ketika sebutan kes di hadapan Hakim, Azura Alwi, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How berkata, susulan permohonan bekas Menteri Kewangan tersebut, pendakwaan akan memfailkan afidavit hujahan.

Bagaimanapun jelasnya, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menyediakan afidavit tersebut.

Azura kemudian mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan afidavit dan hujahan sebelum 4 Julai depan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663785/berita/semasa/tun-daim-mohon-kesnya-didengar-hakim-lain

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesTunDaim #mahkamah